Monday, 6 January 2014
POKOK BONSAI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kali nie saya nak berkongsi dengan anda mengenai pokok bonsai.Bonsai berasal dari perkataan Jepun yang membawa maksud pokok di dalam bekas. Ada juga perkataan yang membawa maksud "kerdil". Ada pendapat yang menyatakan bonsai ini berasal dari negara China da dikatan bermula sejak 2000 tahun yang lalu. Pokok bonsai wujud dalam pelbagai bentuk seperti berbatang condong, pokok dahannya berjuntai, dan pelbagai bentuk lagi. Antara jenis pokok yang sering dibonsaikan ialah Japanese Cedar, Japanese Larch, Japanese Maple, Chinese Junipere, Trident Maple dan Scot Pine. Pokok tempatan yang biasa dijadikan bonsai ialah pokok Melati, Kesinia dan pokok Kenuning. Pokok yang hendak dijadikan pokok bonsai biasanya ditanam didalam pasu kecil agar pertumbuhan pokok tersebut terbantut dan hanya disiram dua kali sehari dan ditempatkan dikawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Seseorang perlu mempunyai sedikit kemahiran untuk membentuk dan menjadikannya sepohon bonsai yang menarik. Pokok bonsai biasanya dijadikan sebagai tanaman hiasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment