Monday, 6 January 2014

POKOK BONSAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kali nie saya nak berkongsi dengan anda mengenai pokok bonsai.Bonsai berasal dari perkataan Jepun yang membawa maksud pokok di dalam bekas. Ada juga perkataan yang membawa maksud "kerdil". Ada pendapat yang menyatakan bonsai ini berasal dari negara China da dikatan bermula sejak 2000 tahun yang lalu. Pokok bonsai wujud dalam pelbagai bentuk seperti berbatang condong, pokok dahannya berjuntai, dan pelbagai bentuk lagi. Antara jenis pokok yang sering dibonsaikan ialah Japanese Cedar, Japanese Larch, Japanese Maple, Chinese Junipere, Trident Maple dan Scot Pine. Pokok tempatan yang biasa dijadikan bonsai ialah pokok Melati, Kesinia dan pokok Kenuning. Pokok yang hendak dijadikan pokok bonsai biasanya ditanam didalam pasu kecil agar pertumbuhan pokok tersebut terbantut dan hanya disiram dua kali sehari dan ditempatkan dikawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Seseorang perlu mempunyai sedikit kemahiran untuk membentuk dan menjadikannya sepohon bonsai yang menarik. Pokok bonsai biasanya dijadikan sebagai tanaman hiasan.




Rumah Menjadi Teduh Dengan Kayu Dan Tanaman Hijau

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.kali nie saya nak berkongsi pula mengenai "Rumah Menjadi Teduh Dengan Kayu Dan Tanaman Hijau.Salah satu kebaikan yang kita perolehi apabila membina rumah menggunakan material ini ialah menjaikan keadaan rumah selesa dan tenang.Selain itu, keadaan rumah kita juga kelihatan lebih luas.Disamping itu juga, tanaman hijau disekeliling rumah kita akan membuatkan suasana menjadi teduh.




Tuesday, 17 December 2013

Tumbuhan Hijau

Assalamualaikum kepada semua pembaca blok ini yang dihormati.Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit pautan mengenai kelebihan tumbuh-tumbuhan hijau.Salah satu kebaikan yang kita perolehi ialah menenangkan fikiran.Sekiranya pembaca mempunyai masalah saya cadangkan supaya anda pergi beriadah di tempat yang mempunyai pemandangan yang hijau.Selain itu tumbuh-tumbuhan ini juga dapat mengurangkan masalah rabun.Insyaallah anda tidak akan mengalami rabun mata jika kerap melihat pemandangan yang menghija.Tumbuh-tumbuhan ini juga dapat menceriakan rumah anda dan memberikan keselesaan seperti menjadikan keadaan rumah akan sejuk.